Perlawanan persahabatan peminat Liverpool, Man United

Perlawanan persahabatan peminat Liverpool, Man United

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Satu perlawanan persahabatan telah berlangsung melibatkan kesebelasan utama pasukan penyokong Kelab Liverpool FC menentang pasukan penyokong Kelab Manchester United FC di Padang Kelab Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR), Berakas.

Perlawanan berkenaan berkesudahan dengan kedudukan seri 1-1, di mana pada babak pertama menyaksikan Jasriman Johari dari pasukan penyokong Kelab Liverpool FC mendahului jaringan tunggal pada babak pertama perlawanan.

Walau bagaimanapun, pasukan penyokong kelab Manchester United FC tidak berputus asa dan meneruskan usaha bagi mengekang kemenangan pihak lawan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Gambar ramai kedua-dua pasukan yang menyertai perlawanan persahabatan yang diadakan di Padang Kelab Sukan JKR itu.
Gambar ramai kedua-dua pasukan yang menyertai perlawanan persahabatan yang diadakan di Padang Kelab Sukan JKR itu.