Perlawanan persahabatan veteran FC menentang Labu-Labi FC

Perlawanan persahabatan veteran FC menentang Labu-Labi FC

Oleh Hasrulraizan

 

VETERAN FC sejak penubuhannya berterusan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan veteran tanah air, yang menjadi medan untuknya melakukan pemilihan pemain. Perlawanan persahabatan terkininya adalah menentang Labu-Labi FC di Padang Bola Sepak Jabatan Kerja Raya (JKR), Kampung Sinarubai kelmarin. Perlawanan persahabatan itu juga merupakan sebahagian daripada kaedah latihan Veteran FC berkenaan dalam rangka usaha persiapan awalnya bagi menyertai Kejohanan Bolasepak Veteran Kebangsaan musim baru anjuran Persatuan Bolasepak Veteran Kebangsaan (VFA).

pg20_150929_c

ARTIKEL YANG SAMA