Perlawanan Ragbi Sentuh UBD

Perlawanan Ragbi Sentuh UBD

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Kelab Ragbi Sharks Universiti Brunei Darussalam (UBD) pagi tadi telah menganjurkan Perlawanan Ragbi Sentuh bertemakan Hari Raya iaitu Sentuhan Salam Aidilfitri yang diadakan di Kompleks Sukan UBD.

Seramai 16 kumpulan iaitu lapan kumpulan lelaki dan lapan kumpulan perempuan telah mengikuti pertandingan tersebut. Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki IPT, Kategori Perempuan IPT, kategori Lelaki Terbuka dan Kategori Perempuan Terbuka.

Dalam perlawanan tersebut, Kategori Lelaki IPT dimenangi oleh Lions PTE Meragang dan bagi Kategori Perempuan IPT dimenangi oleh Mako Sharks. Manakala bagi Kategori Lelaki Terbuka pula dimenangi oleh Vipers Berghh dan Kategori Perempuan Terbuka dimenangi oleh Mud Sharks.

Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Kokurikulum Hal Ehwal Pelajar UBD iaitu Awang Domingo Kapal dengan diiringi oleh Eksekutif Sukan dan Logistik, Gild Siswazah UBD iaitu Awang Syahwal Nizam bin Haji Yani serta Presiden Ragbi Sharks UBD, Awang Zahirul Ghazi bin Jomari.

Semasa perlawanan Ragbi dijalankan di Komplek Sukan UBD.
Semasa perlawanan Ragbi dijalankan di Komplek Sukan UBD.

Antara objektif perlawananan ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara kelab-kelab ragbi di Negara Brunei Darussalam selain memberi galakan dan memupuk semangat bersukan di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) secara khususnya dan masyarakat awam amnya.

Di samping itu, perlawanan ragbi sentuh ini juga merupakan inisiatif Kelab Ragbi Sharks UBD bagi menyahut hasrat negara untuk menangani masalah obesiti di Negara Brunei Darussalam.

 

ARTIKEL YANG SAMA