Perlawanan Sharapova, Federer ditunda

Perlawanan Sharapova, Federer ditunda

PARIS, 1 Jun (Reuters) – Juara bertahan Maria Sharapova terpaksa menangguh perlawanan pusingan keempat di kejohanan Terbuka Perancis menentang Lucie Safarova hari Ahad apabila perlawanan terpaksa dibatalkan akibat hujan.

Pemain Rusia pilihan kedua dijadualkan bermain di gelanggang Suzanne Lenglen, pemain Itali Flavia Penetta juga dijadualkan bermain di hari Isnin menentang pemain Sepanyol Garbine Muguruza.

Kejohanan itu tidak dibasahi hujan sehingga hari Ahad, ini disebabkan cuaca yang tidak menentu serta cuaca yang sejuk.

Sementara itu, perlawanan pihak lelaki di antara pemain tuan rumah Gael Monfils dan icon sukan tenis Roger Federer juga terpaksa ditangguhkan dan diteruskan semula hari Isnin setelah masin-masing terikat satu set sama 3-6, 6-4.

Sharapova terpaksa menunggu seketika bagi meneruskan cabaran. – AFP
Sharapova terpaksa menunggu seketika bagi meneruskan cabaran. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA