Perlawanan terakhir Kobe Bryant

Perlawanan terakhir Kobe Bryant

AMERIKA SYARIKAT (AS), 14 April (Reuters) – Beberapa detik sebelum memulakan persaingannya sepanjang 20 tahun kerjayanya dalam NBA, Kobe Bryant digambarkan sebagai “terhebat” yang memakai pakaian ungu dan keemasan oleh pemain Los Angeles Lakers, Magic Johnson. Bryant, pemain pertahanan All-Star 18 kali yang menerajui permainan, bangkit dari belakang untuk mencatatkan kemenangan 101-96 ke atas Utah Jazz bagi persaingan liga selamat tinggalnya, yang diberikan dengan video penghormatan sebelum Johnson keluar di tengah gelanggang.

“Kami berada di sini untuk meraikan kehebatan,” Johson, seperti Bryant, juara lima kali NBA, memberitahu orang ramai. “Selama 20 tahun, satu kecemerlangan. Selama 20 tahun, Kobe Bryant tidak pernah menipu dalam permainan, tidak pernah menipu kami sebagai peminat.

“Dia bermain dengan melalui kecederaan, beraksi dalam keadaan cedera dan kami mempunyai lima kain rentang kejuaraan untuk ditunjukkan.”

Sorakan kemudian bergema ketika peminat Lakers memberikan Bryant sokongan gemuruh.

“Bagi 20 tahun, lelaki ini adalah selebriti yang besar dan hebat yang kita miliki di bandar ini,” kata Johnson. “Dia bukan hanya hebat dan ikon sukan yang luar biasa, teapi dia juga hebat dengan warna ungu dan emas. “Jadi buat masa sekarang kita seharusnya berpegang tangan bagi memberikan penghormatan bagi mendiang (bekas pemilik Lakers) Jerru Buss kerana mendapatkan lelaki ini.”

Kobe Bryant diraikan pada perlawanan terakhirnya bersama Pasukan LA Lakers. – AFP
Kobe Bryant diraikan pada perlawanan terakhirnya bersama Pasukan LA Lakers. – AFP

Bryan menamatkan perlawanan semalam dengan 60 mata di atas 20 dari 50 jaringan ketika Lakers kembali bangkit bersaing dari defisit 15 mata pada separuh masa pertama dan sekali lagi mendapatkan sokongan oleh pemibnat sebelum memberikan ucapan di tengah gelanggang.

“Saya tidak percaya bagaimana pantas masa 20 tahun berlalu,” katanya, dengan tuala diletakkan di bahunya. “Ia gila, untuk berada di sini di atas gelanggang yang sama bersama anda semua, dengan rakan sepasukan saya di belakang saya.

“Saya menghargai perjalanan yang kami lalui, terdapat naik dan turun tetapi bahagian paling penting adalah kami kekal bersama-sama.

“Apa yang dapat saya lakukan adalah berterima kasih kepada anda bagi sokongan sepanjang tahun, sepanjang tahu inspirasi. Ini adalah luar biasa. Saya tidak percaya ia akan berakhir,” katanya, sebelum konfeti warna emas dan ungu diturunkan dari atas.

ARTIKEL YANG SAMA