Perlawanan terikat seri

Perlawanan terikat seri

TUTONG, 8 Feb – Sinar FC dua kali bangkit dari ketinggalan untuk mengikat Perda FC dengan jaringan 2-2 dalam saingan Kumpulan A, Liga Persatuan Bolasepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) DST 2015.

Dalam perlawanan di Kompleks Sukan Tutong itu Perda FC mendahului 1-0 seawal minit ketiga menerusi jaringan Mohd Irfan.

Sinar FC mendapat gol pertamanya untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-30 hasil sumbangan jaringan Mohd Azim.

Perlawanan disambung semula selepas rehat pada kedudukan 1-1 dengan kedua-dua pasukan kelihatan seimbang, cuba mendapatkan gol kemenangan untuk mencerahkan peluang kemaraan masing-masing ke pusingan kedua.

Ternyata Perda FC yang berjaya membolosi gawang lawannya buat kali kedua selepas Muhd Faris berjaya menyumbat bola masuk pada minit ke-63 untuk kedudukan berubah menjadi 2-1.

Sinar FC kembali dari ketinggalan untuk mencatat keputusan seri dengan Perda FC.
Sinar FC kembali dari ketinggalan untuk mencatat keputusan seri dengan Perda FC.

Sinar FC yang tidak mahu mengalah menggandakan usaha mendapatkan gol keduanya sehingga membuahkan hasil pada minit ke-72, kali ini menerusi jaringan Ahmad Raddy.

Tanpa ada lagi jaringan berjaya dihasilkan kedua-dua buah pasukan dalam baki 18 minit perlawanan berkenaan, maka kedua-dua pasukan perlu berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 untuk masing-masing membawa pulang satu mata. – Hasrulraizan

ARTIKEL YANG SAMA