Perlindungan kanak-kanak terjamin

Perlindungan kanak-kanak terjamin

Oleh Salawati Haji Yahya

 

pg01_160310_MMN-_LogoBANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mac – Sebanyak 42 kes pukul kanak-kanak telah dilaporkan dan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Polis Diraja Brunei dengan sebanyak 36 kes dilaporkan dan disiasat dari Januari 2014 hingga penghujung tahun 2015.

Jumlah tersebut adalah yang dilaporkan dan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Polis Diraja Brunei.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim mengongsikan statistik ini semasa menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara kelmarin mengenai isu perlindungan kanak-kanak, semasa hari keempat Permesyuaratan ke-12, Majlis Mesyuarat Negara di Bangunan Dewan Majlis, hari ini.

Yang Berhormat Pehin berkata, bagi kes penderaan kanak-kanak, akta kanak-kanak dan orang muda telah diwujudkan sebagai peruntukan mengenai penjagaan atau perlindungan mereka.

Di antara kanak-kanak yang memerlukan perlindungan akta tersebut ialah kanak-kanak yang telah atau akan secara fizikal atau emosi dicederakan atau dianiaya dari segi seksual oleh penjaganya.

Antara lain, tambah beliau, akta ini mempunyai peruntukan mengenai kuasa yang diberikan kepada pelindung atau protector dan polis bagi melindungi kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, kuasa-kuasa pihak mahkamah, tempat yang digunakan untuk menempatkan kanak-kanak yang dilindungi dan kuasa melindung dan polis untuk menggeledah dan menyoal siasat kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.

Dalam perkara berkaitan, kanak-kanak yang mati secara luar biasa (unnatural death), pihak polis mempunyai kuasa yang sangat luas dalam membuat siasatan di bawah undang-undang tertentu iaitu criminial procedure code.

“Walaupun akta tersebut tidak mempunyai peruntukan khusus mengenai kuasa untuk menyiasat kanak-kanak yang telah mati akibat penderaan tapi kes tersebut tidak akan dibiarkan dan akan disiasat oleh pihak polis dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang lain,” tegasnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA