Perlu kemudahan baharui lesen di pejabat pos

Perlu kemudahan baharui lesen di pejabat pos

DIUCAPKAN tahniah kepada Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan kerana memperkenalkan satu kemudahan baru bagi membaharui Lesen Kenderaan (RTX), syabas!

Kementerian berkenaan hendaklah jua memikirkan beberapa cara dalam memberikan kemudahan kepada orang ramai lebih-lebih lagi dalam membaharui lesen memandu.

Semakin hari semakin bertambah mereka yang diberikan lesen memandu lebih-lebih lagi apabila seseorang itu sudah mencapai umur kelayakan mendapat lesen memandu dan bertambahnya bilangan pekerja asing yang bekerja di negara ini sebagai pemandu dan jua bertambah bilangan penuntut pusat pengajian tinggi yang memerlukan kenderaan sendiri untuk pergi ke pusat pengajian mereka tambahan lagi harga kenderaan yang murah dan boleh dibeli tanpa deposit.

Maka diharapkan pihak JPD akan dapat membuka beberapa cawangan di pejabat-pejabat pos di mana pembaharuan lesen memandu dapat diuruskan kerana keadaan di JPD, Gadong dan Sungai Akar bertambah ‘pesat’ dan ramai serta perlu menunggu untuk mengambil nombor jam 6:30 pagi kerana jika lewat maka alamat tidak akan mendapat nombor giliran.

Pejabat Pos Bunut adalah salah sebuah pejabat yang perlu diadakan kemudahan tempat membaharui lesen memandu dan demikian jua di salah sebuah Pejabat Pos di Jalan Muara dan mungkin jua Pejabat Pos Rimba. – Awang Marol, Kg Rimba

ARTIKEL YANG SAMA