Perlu mekanisme efisien atasi masalah air – Petani

Perlu mekanisme efisien atasi masalah air – Petani

KUNDASANG, 5 Julai – Penanam sayur tanah tinggi di Kundasang mahu satu mekanisme efisien diambil bagi mengatasi masalah bekalan air supaya tanaman mereka khususnya di kawasan Mentaki Mesilau tidak terjejas teruk walaupun berlaku musibah seperti gempa bumi dan kemarau.

Pengusaha sayur, Artin Jafrin berkata ini penting agar petani tidak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti bercucuk tanam selain bekalan air untuk menyiram sayur-sayuran sentiasa cukup, sekaligus membantu menghasilkan sayur tanah tinggi berkualiti.

Sehubungan itu, Artin yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang pertanian mencadangkan supaya kerajaan menyediakan kemudahan penyimpanan air bagi mengumpul sumber air yang dipam dari sungai berdekatan yang dikhususkan untuk aktiviti pertanian.

“Dengan adanya ‘intake’ dan ‘bank’ air khusus untuk pertanian, ia akan membantu petani mengusahakan tanaman mereka secara lebih efisien kerana ada penyaluran air terus ke kebun sayur selain pembahagian air dapat dibuat secara sama rata,” katanya kepada Bernama. – Bernama