Perlu permit masuki kawasan sempadan

Perlu permit masuki kawasan sempadan

HANOI, Vietnam, 24 Jun (Agensi) – Bermula 11 Julai depan, bukan warganegara Vietnam perlu mendapatkan permit dari Pejabat Pengurusan Imigresen di bawah Kementerian Keselamatan Awam untuk memasuki beberapa kawasan yang dibatasi pergerakannya di sepanjang sempadan.

Peraturan baru itu disebutkan dalam pekeliling mengenai peraturan meliputi operasi sempadan wilayah, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA). Ia menyatakan bahawa permit boleh didapati daripada ketua polis sempadan yang berhampiran atau ketua polis wilayah di mana para warga asing tinggal.

Warga Vietnam yang tidak tinggal di kawasan sempadan tidak memerlukan permit khas untuk membuat perjalanan ke wilayah yang terhad, hanya perlu membawa kad pengenalan dan dokumen rasmi kenderaan mereka.

Warga-warga asing yang perlu bertugas di kawasan larangan, perlu menunjukkan dokumen sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang relevan. Para pengunjung warga Vietnam atau bukan warganegara yang bermalam di kawasan sempadan juga perlu melaporkan kepada polis atau pos sempadan tentera yang berdekatan.