Perluasan landasan kereta api China-Eropah beri keuntungan

Perluasan landasan kereta api China-Eropah beri keuntungan

pg18_160104_a

CHENGDU, 3 Jan (Bernama) – Dalam tempoh dua tahun setengah lalu, kereta api telah membuat hampir 180 pusingan perjalanan antara Chengdu, bandar wilayah Sichuan di barat daya China dan Lodz, Poland.

Sejak 2013, tiga kereta api seminggu telah melakukan perjalanan sejauh 9,826 kilometer di landasan cepat Chengdu- Eropah, sampai ke Poland melalui Kazakhstan, Rusia dan Belarus, lapor agensi berita Xinhua. ‘Komoditi-komoditi itu dihantar ke Eropah dalam tempoh15 hari,’ kata Xu Pingfu, timbalan pengarah pejabat logistik Chengdu. ‘itu adalah landasan kereta api kargo terpantas antara China dan Eropah.’

Kira-kira 300 buah kereta api akan memohon laluan itu dalam tahun 2016, akan diperluaskan ke Hamburg di Jerman dan Tilburg dan Belanda. Komoditi-komoditi dari bandar-bandar pantai seperti Shanghai, Shenzhen dan Xiamen dibawa ke Chengdu dan dari situ ke Eropah kerana kos rendah landasan itu yang juga sangat boleh diharapkan. Harga komoditi pengangkutan di landasan kereta api Chengdu-Eropah adalah satu perlima kos kargo udara, dan ia tiga kali lebih cepat dari shipping,’ kata Xu.

Chengdu akan membelanjakan sejumlah 1.9 bilion yuan dalam tiga tahun akan datang membina pelabuhan landasan antarabangsa terbesar China, kata Chen Zhongwei, pengarah pejabat logistik Chengdu.

Kebanyakan pengeksport-pengeksport terkemuka bercadang berpindah ke Chengdu kerana alasan-alasan, menurut Chen. ‘Kami bermatlamat menjadi pangsi antara Eropah dan Pan-Asia dengan membina landasan antarabangsa dan membentuk pusat pengagihan komoditi Eropah dalam tempoh tiga tahun akan,’ kata Chen.