Perluasan Ter...

Perluasan Terusan Panama hadapi cabaran

COCOLI, Panama – Sarat dengan muatan dengan lebih 6,000 kontena kargo, kapal Ever Living bersedia untuk membuat pusingan akhir perjalanannya melalui Terusan Panama yang baru diperluaskan apabila ianya mengalami masalah kecil: Pintu keluli terbesar yang terakhir gagal berfungsi.

Pengendali yang mengawal kapal itu dan kapten daripada bot tunda yang terikat kepada kapal besar itu meneruskan membawa kapal mega itu melalui laluan yang sempit, dan secara berhati-hati mengelak pintu laluan yang tersekat itu.

“Ini adalah suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku,” kata kapten kapal tunda Mauricio Perez. “Kadang-kadang satu-satunya pilihan yang boleh kita lakukan adalah hanyalah berdoa.”

Setelah lebih tujuh bulan selepas pihak berkuasa melancarkannya, perluasan terusan yang bernilai AS$5.25 bilion itu bagi menampung kebanyakkan kapal kargo terbesar di dunia, mereka masih melakukan kerja-kerja di bahagian pintalan tali: Dengan mempunyai ruang yang agak sempit untuk melakukan kesilapan, kapal-kapal masih mengikis dinding laluan yang menggunakan dinding pertahanan khas yang direka untuk melindungi kapal dan kawasan laluan itu.

Pelayaran Associated Press baru-baru ini telah menaiki kapal tunda yang membawa kapal Ever Living melalui pintu terusan Cocoli menuju Lautan Pasifik. Sepanjang perjalanan itu, terdapat beberapa kawasan dimana penghadang atau penghalang kusyen getah berwarna hitam kelihatan rosak, tergantung berjuntai ke air atau hilang sepenuhnya. Pada satu tempat, terdapat longgokan bamper yang tercabut di sisi laluan kapal itu, yang seperti telah diheret jauh oleh kapal-kapal.

Bot tunda membawa kapal kargo menyeberangi Terusan Panama, berhampiran laluan khas Pedro Miguel di Paraiso, Panama. – AP
Bot tunda membawa kapal kargo menyeberangi Terusan Panama, berhampiran laluan khas Pedro Miguel di Paraiso, Panama. – AP
Kapal kargo Neo-Panamax telah dipandu melalui laluan khas Cocoli, sebahagian daripada projek perluasan terbaru di Terusan Panama, Cocoli, Panama. – AP
Kapal kargo Neo-Panamax telah dipandu melalui laluan khas Cocoli, sebahagian daripada projek perluasan terbaru di Terusan Panama, Cocoli, Panama. – AP

Malah sebelum terusan dibuka pada akhir bulan Jun, pengemudi kapal tunda telah melahirkan rasa bimbang mereka mengenai apa yang mereka katakan adalah latihan yang tidak mencukupi bagi pergerakan-pergerakan tertentu yang sangat diperlukan buat masa ini – yang menyimpang jauh daripada sistem sebelumnya.

Dalam kawasan laluan khas kapal yang lama, kapal-kapal akan diikat dengan lokomotif yang berkuasa tinggi pada kedua-dua bahagian agar kapal itu berada di tengah-tengah semasa berada di terusan tersebut. Manakala pada laluan khas kapal yang baru ini pula, ia bertanggungjawab untuk mengoperasikan kapal tunda, satu terikat di busur dan satu lagi di buritannya.

Pada mulanya, pengendali kapal-kapal kargo dan kapal tunda kadang-kadangnya bertembung mengenai penghadang apabila cuba untuk menyelaraskan kapal. Namun kini ia semakin berkurangan, akan tetapi bamper yang mengalami kerosakan teruk menunjukkan bahawa tidak kesemua laluan berjalan dengan lancar.

“Ketakutan dan bahaya masih ada, walaupun bot berjaya melaluinya,” kata Perez. “Sepanjang gerakan itu, terdapat waktu-waktu kritikal.”

Pihak Berkuasan Terusan Panama mengaitkan kerosakan pintu laluan itu semasa transit AP adalah kegagalan sensor paras air yang disebabkan oleh tumbuh-tumbuhan dan serpihan yang terkumpul dari negara jiran Gatun Lake. Ia berkata masalah itu berjaya diselesaikan.

Menurut pihak berkuasa, antara bulan Jun dan Januari hanya terdapat kira-kira 15 insiden yang menyebabkan kerosakan pada laluan khas atau kapal itu, atau kira-kira dua peratus daripada 700 jumlah keseluruhan transit melalui laluan air yang baru. Pegawai-pegawai berkata dalam tempoh tujuh bulan pertama ini adalah suatu proses pembelajaran namun mereka masih merasa yakin.

Manuel Benitez, timbalan pentadbir terusan, berkata ia telah menunjukkan “positif dengan cara orang-orang kita yang berjaya mengemudi dan mempelajari halangan itu.”

Dan insiden yang dilaporkan “belum lagi diberi magnitud tertentu yang boleh menjejaskan operasi laluan perkapalan,” katanya. “Kapal-kapal tidak terkandas, mereka meneruskan perjalanan mereka.”

Namun, syarikat-syarikat perkapalan yang mempunyai kapal bernilai jutaan dolar berada dalam taruhan, dimana bagi sebarang kelewatan akibat daripada kemalangan akan menyumbang kos kerugian buat mereka. Dalam satu kejadian yang melibatkan kemalangan serius yang melibatkan laluan air yang baru itu adalah sebuah kapal dari China melanggar dinding di laluan khas itu beberapa minggu selepas perasmian laluan tersebut pada bulan Jun lalu, merosakan badan kapal dan jadual perjalanan tertunda.

Pekerja di Terusan Panama mengikat kapal tunda ke kapal Ever Living, sebuah kapal kargo Neo-Panamax, untuk membawanya ke laluan khas Cocoli. – AP
Pekerja di Terusan Panama mengikat kapal tunda ke kapal Ever Living, sebuah kapal kargo Neo-Panamax, untuk membawanya ke laluan khas Cocoli. – AP
Bamper pelindung (atas kiri) koyak akibat daripada kapal-kapal yang melalui laluan khas Cocoli di Terusan Panama, Panama. – AP
Bamper pelindung (atas kiri) koyak akibat daripada kapal-kapal yang melalui laluan khas Cocoli di Terusan Panama, Panama. – AP

Pihak Berkuasa Terusan enggan menyatakan kos yang dibelanjakan dalam pembaikan bamper baru itu. Kapten yang mengemudi terusan memberitahu kepada AP bahawa penghadang itu akan hanya bertahan buat beberapa tahun sahaja. Pengendali sering menyatakan tidak puas hati mereka supaya bamper penghadang itu perlu diganti dengan sistem bamper terapung yang telah digunakan di kawasan laluan khas di Eropah.

Pihak berkuasa berkata, mereka berhasrat untuk meneruskan operasi mereka dengan sistem penghadang yang sedia ada, walaupun mereka tidak menolak sebarang perubahan sebagai sebahagian daripada peningkatan di masa depan.

“Terima kasih kepada ahli kepakaran kami, kejadian seumpamanya semakin jarang berlaku,” kata Benitez.

Sesetengah pakar mengatakan ia masih terlalu awal untuk membuat keputusan muktamad mengenai keselamatan di kawasan laluan khas itu.

“Ia seolah-olah terdapatnya persetujuan antara pihak berkuasa dan kapten-kapten untuk memberi perhatian yang lebih (kepada) isu penghadang tersebut,” kata Paul Bingham, naib presiden Kumpulan Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi yang berpangkalan di Boston.

“Saya tidak tahu sama ada ia adalah suatu kesilapan reka bentuk atau bukti bagaimana dinding laluan itu mungkin perlu lebih dilindungi,” katanya melalui e-mel. “Ada kemungkinan bahawa operasi tunda dalam mengawal kapal di kawasan laluan khas itu juga perlu diperbaiki .”

Terdapat peningkatan yang ketara dalam bahagian operasi. Purata masa transit telah menurun kepada dua setengah hingga tiga jam, menurut pengendali kapal tunda, berbanding empat jam semasa kawasan penahanan itu pertama kali dibuka. Dengan pengalaman, kapten-kapten menjadi lebih selesa dalam mengendali kapal mereka terutamanya semasa membawa kapal itu berada di tengah kawasan laluan khas itu. Namun ia masih menjadi satu operasi yang sulit. – AP

ARTIKEL YANG SAMA