Perlumbaan bot laju Serasa, 25 Sept ini

Perlumbaan bot laju Serasa, 25 Sept ini

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Sept – Bersempena dengan perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 Tahun, satu perlumbaan bot laju akan diadakan di Kompleks Sukan Air, Pantai Serasa pada 25 September ini.

Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat telah diadakan baru-baru ini, bagi ahli jawatankuasa perlumbaan yang diadakan di Serasa bagi membincangkan segala persiapan sebelum berlangsungnya perlumbaan itu nanti yang akan menampilkan lapan perlumbaan bot laju dan tiga perlumbaan bagi perahu fiber 13 kaki.

Antara perlumbaan bahagian bot laju yang dipertandingkan ialah Kategori 60SST 10 Pusingan, 30 Kuasa Kuda (HP) Tujuh Pusingan, 18HP Enam Pusingan bagi sebelah pagi, manakala pada sebelah petang akan diadakan bagi perlumbaan Kategori 60SST 12 Pusingan, 50HP Ke Bawah Sembilan Pusingan, 50HP Ke Bawah 10 Pusingan dan 6/30HP Lapan Pusingan.

Perlumbaan kali ini turut menampilkan acara 18HP Tujuh Pusingan dan Bahagian Perahu Pemukat Fiberglass 13 kaki antaranya bagi Kategori 18HP Lima Pusingan, 30 HP (2 Piston) Enam Pusingan dan 30HP Terbuka Enam Pusingan.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyaksikan perlumbaan itu nanti untuk sama-sama memeriahkan suasana.

Barisan ahli jawatankuasa bergambar ramai selepas mesyuarat tersebut baru-baru ini.
Barisan ahli jawatankuasa bergambar ramai selepas mesyuarat tersebut baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA