Perlumbaan greyhound di Australia dipertimbangkan

Perlumbaan greyhound di Australia dipertimbangkan

SYDNEY, 11 Okt – Sebuah negeri Australia yang mempunyai ramai penduduk telah membuat pembatalan yang mengaibkan hari ini berhubung rancangannya untuk mengharamkan perlumbaan anjing greyhound selepas tekanan berterusan dari industri itu dan orang awam, dengan mengakui kerajaan ‘salah faham.’

Perdana Menteri New South Wales, Mike Baird pada Julai lalu bahawa beliau akan menutup acara sukan itu dalam tempoh 12 bulan selepas siri-siri skandal ‘gangguan dan mengerikan’ termasuklah ‘umpan hidup’ dan pembunuhan kejam berpuluh-puluh ribu ekor anjing.

Tetapi keputusan berkontroversi itu secara meluas disifatkan mengejutkan dan berdepan dengan bidasan orang awam dan masyarakat serantau bimbang akan industri itu mungkin memusnahkan dan merosakkan.

Gambar fail 21 Ogos 2016 menunjukkan perlumbaan greyhound di Wentworth Park di Sydney. – AFP
Gambar fail 21 Ogos 2016 menunjukkan perlumbaan greyhound di Wentworth Park di Sydney. – AFP

Terdapat juga tekanan meluas politik, industri dan media untuk menimbang semula pengharaman itu. Baird yang pernah popular telah menyaksikan kadar sokongan menjunam tahun ini disebabkan sebilangan isu, termasuklah pengharaman greyhound, dan berkata beliau telah mendengar akan tindak balasnya.

“Pengalaman lalu jelas, ketika kami memikirkannya, kami salah faham, saya salah faham, kabinet salah faham, kerajaan salah faham,” katanya di Sydney.

“Saya sebelumnya berpendapat industri ini tidak akan berubah, dan jelas masyarakat mahu memberikan mereka peluang. Hari ini saya boleh mengumumkan industri greyhound akan diberikan peluang terakhir. Ia akan diberikan peluang untuk membuat pembaharuan kerana ia perlu.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA