Perlumbaan ‘greyhound’ diharamkan di Australia

Perlumbaan ‘greyhound’ diharamkan di Australia

SYDNEY, 7 Julai – Industri anjing greyhound Australia terjejas hari ini selepas negeri yang ramai penduduk di negara itu mengharamkan sukan itu ekoran siri-siri skandal, termasuklah ‘umpan hidup’ dan pembunuhan kejam berpuluh-puluh ribu ekor anjing.

Perdana Menteri negeri New South Wales Mike Baird berkata industri itu tidak mampu membuat pembaharuan dan kerajaan beliau akan berusaha ke arah penutupan bermula 1 Julai tahun depan.

“Perlumbaan Greyhound telah diharamkan di kebanyakan negara dan negeri AS dan hanya sah di lapan buah negara di seluruh dunia. New South Wales akan menjadi negeri pertama di Australia yang mengharamkannya,” menurutnya di Facebook.

“Saya memahami kekecewaan mereka yang suka bertaruh ke atas anjing. Tetapi kita tidak boleh dan tidak akan berpeluk tubuh dan membiarkan layanan buruk yang berleluasa dan berterusan ke atas haiwan-haiwan.”

Gambar fail bertarikh 2 Ogos 2014 menunjukkan pemilik anjing berarak masuk greyhounds mereka sebe-lum perlumbaan di Taman Wentworth di Sydney. - AFP
Gambar fail bertarikh 2 Ogos 2014 menunjukkan pemilik anjing berarak masuk greyhounds mereka sebe-lum perlumbaan di Taman Wentworth di Sydney. – AFP

Australia memiliki salah sebuah industri perlumbaan greyhound terbesar di dunia dan juga sebagai umpan hidup yang telah diharamkan selama berdekad-dekad. Namun tahun lalu penyiar kebangsaan ABC mendedahkan bahawa haiwan-haiwan seperti anak babi, arnab dan possum telah digunakan sebagai umpan untuk melatih sebilangan anjing-anjing yang paling berjaya di negara itu.

Greyhound lazimnya mengejar haiwan jenis arnab atau arnab tiruan dan pendedahan itu telah mencetuskan serbuan-serbuan di seluruh negeri-ne-geri New South Wales, Victoria dan Queesland yang menggegarkan industri itu.

Ia mengakibatkan penyiasatan New South Wales, yang mendedahkan pembunuhan anjing secara besar-besaran yang dianggap terlalu perlahan untuk diberi perhatian dan juga umpanan hidup yang telah berleluasa, kata Baird. Penyiasatan itu juga mendedahkan penipuan berterusan kepada orang awam tentang bilangan kematian dan kecederaan yang dilakukan. – AFP