Perlumbaan lembu jantan

5 tahunINDIA, 3 Ogos 2012 – Festival perlumbaan lembu jantan kali ke-21 telah diadakan di wilayah Bengal Barat, India. Festival yang berlangsung selama dua hari itu mempertandingkan 128 ekor lembu jantan dan 53 petani dari seluruh wilayah.

Perlumbaan ini berlangsung di tanah sawah yang baru dibajak. Mereka yang menyertai akan menambat dua ekor lembu mereka di leher menggunakan kayu. Kayu itu berfungsi untuk menyelaras pergerakan dua ekor lembu agar tidak lari bertempiaran.

Ia juga mengeheret pelepah di mana pelumba akan berdiri dan memegang ekor lembu untuk mengemudi laluan. Pelumba akan menggigit ekor lembu yang dipegang untuk mempercepatkan lagi pergerakan lembu tersebut.

Sukan jenis ini juga tidak telepas dari kemalangan. Bukan sahaja lembu yang dikerahkan mendapat kecederaan, bahkan pelumba dan penonton, yang menyaksikan sukan itu juga turut terjejas.

Kemalangan boleh berlaku apabila seekor dari dua ekor lembu yang menarik pelepah itu rubah dan menyebabkan pergerakan terhalang serta menyebabkan kecederaan pada lembu dan pelumba.

Petani-petani yang menyertai perlumbaan itu percaya bahawa mengambil bahagian dalam perlumbaan itu percaya sebelum membajak tanah akan membawa hujan dan kekayaan kepada keluarga, di samping menggalakkan orang muda bertani.

Para pemenang perlumbaan itu dianugerahkan dengan hadiah berupa barang keperluan harian seperti basikal, set radio, peniup beras dan sebagainya.