Perlumbaan Tamiya tarik minat belia

Perlumbaan Tamiya tarik minat belia

Oleh Hamdanajib Haji Domeng

 

BERAKAS, 21 Dis – Lebih 60 orang peserta telah memeriahkan Pertandingan Tamiya Standard Ujian Masa dan Teknikal anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lambak ‘B’ yang bermula pada 18 Disember lalu.

Kejohanan selama tiga hari di Dewan Kemasyarakatan Lambak Kanan itu menyaksikan Awangku Hussein Mahathir bin Pengiran Haji Damit menjuarai Kategori Ujian Masa manakala Awang Asmandi bin Haji Jaman pula menjuarai Kategori Teknikal.

Hadir bagi menyempurnakan hadiah ialah Pengerusi MPK Kampung Lambak ‘B’, yang juga Ketua Kampung Lambak ‘B’, Mejar (B) Haji Mohammad Jair bin Haji Abdul Wahab.

Gambar ramai bersama para pemenang dalam Perlumbaan Tamiya.
Gambar ramai bersama para pemenang dalam Perlumbaan Tamiya.
Awang Asmandi menerima hadiah bagi juara Kategori Teknikal.
Awang Asmandi menerima hadiah bagi juara Kategori Teknikal.

Antara objektif perlumbaan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama pelumba, di samping bertukar-tukar pendapat mengenai teknikal penggunaan kereta Tamiya.

Perlumbaan ini juga diadakan bagi mengisi masa lapang dengan berfaedah sambil mempromosi perlumbaan Tamiya yang kini semakin mendapat sambutan.

Di samping itu juga, aktiviti ini adalah untuk menggalakkan para belia melibatkan diri dengan aktiviti sihat semasa cuti persekolahan akhir tahun.