Perlunya generasi muda S’wak mahir Bahasa Inggeris

Perlunya generasi muda S’wak mahir Bahasa Inggeris

KUCHING, 26 Mei – Guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan impian Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem supaya generasi muda di negeri ini mahir dalam penggunaan Bahasa Inggeris, kata Menteri Belia dan Sukan dan Perpaduan Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong.

Mereka yang berkhidmat di kawasan pedalaman adalah yang paling penting dalam membantu mencapai aspirasi Adnan, katanya. Manyin berkata ini kerana kekurangan kelas tuisyen Bahasa Inggeris dan pelajar kurang peluang untuk bergaul dengan mereka yang bertutur dalam bahasa itu di pedalaman, katanya – Bernama