Perlunya tindakan serius penyalahgunaan dadah di sekolah

Perlunya tindakan serius penyalahgunaan dadah di sekolah

Oleh Arissa

 

LAWAS, 28 Feb – Kementerian Pendidikan Malaysia diarah untuk bertindak serius terhadap aktiviti penyalahgunaan dadah di sekolah rendah yang mengunakan taktik memberi gula-gula berperisa dadah kepada kanak-kanak untuk menarik mereka terlibat dengan masalah dadah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata terdapat usaha pihak tidak bertanggungjawab yang menarik kanak-kanak mendekati dadah dengan taktik memberi gula-gula berperisa dadah disekolah.

Oleh itu tegasnya agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), PEMADAM dan pihak sekolah agar bertindak segera bagi membendung masalah dadah di peringkat awal lagi.

“Pembanterasan aktiviti penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah rendah lagi akan dijadikan Indeks Prestasi Utama (KPI) Kementerian Pendidikan Malaysia agar mengambil serius masalah tersebut selain penganjuran kempen kesedaran oleh agensi berkaitan,”katanya pada Katanya pada Sambutan Hari AntiDadah Kebangsaan 2016 di sini semalam.

Ahmad Zahid menyerahkan cenderamata kepada individu yang menyokong kepada usaha kempen anti dadah di Sarawak. – Bernama
Ahmad Zahid menyerahkan cenderamata kepada individu yang menyokong kepada usaha kempen anti dadah di Sarawak. – Bernama

Turut sama ialah Wakil Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Hadir sama ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wlayah (KKLBW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakup, Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Seri Mahadzir Khalid, Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat d, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim, dan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangssan (AADK) Malaysia Datuk Suhaimi Abdullah,Ketua Pengarah Harian Metro Datuk Mustapa Omar, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, dan kenamaan lain.