‘Permainan cantik’ LatAm dicemari rasuah

‘Permainan cantik’ LatAm dicemari rasuah

MONTEVIDEO, 28 Mei (AFP) – Latin Amerika (LatAm) adalah tempat sebahagian bintang terhebat dalam bola sepak tetapi penahanan beberapa pegawai FIFA dari rantau itu dalam kejadian rasuah antarabangsa semalam menggariskan bahagian buruk ‘permainan cantiknya’.

Daripada tujuh pegawai bola sepak yang ditahan oleh polis Switzerland dalam satu serbuan waktu pagi di hotel mewah Zurich, lima adalah dari Latin Amerika termasuk Eugenio Figueredo dari Uruguay, naib presiden eksekutif FIFA dan Jose Maria Marin dari Brazil, ahli jawatankuasa penganjuran FIFA bagi bola sepak Olimpik.

Bekas ahli jawatankuasa eksekutif FIFA Nicolas Leoz dari Paraguay dan bekas presiden Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) juga menghadapi dakwaan tetapi setakat ini menghindarkan penahanan kerana berada di Paraguay, di mana dia dimasukkan ke hospital selepas mendengar berita itu.

Figueredo dan Leoz, kedua-duanya berusia 80-an, adalah di antara ahli terakhir generasi yang diketuai oleh bekas presiden FIFA Joao Havelange dari Brazil dan mendiang Julio Grondona dari Argentina – sekutunya – yang memegang beberapa jawatan kuat dalam bola sepak dan menghindarkan dakwaan rasuah untuk berada di sana selama beberapa dekad.

Peguam Nicolas Leoz bercakap kepada wartawan di sebuah hospital di Asuncion di mana bekas eksekutif FIFA dan bekas presiden CONMEBOL itu dimasukkan ke hospital selepas mendengar permohonan ekstradisinya ke AS. – AFP
Peguam Nicolas Leoz bercakap kepada wartawan di sebuah hospital di Asuncion di mana bekas eksekutif FIFA dan bekas presiden CONMEBOL itu dimasukkan ke hospital selepas mendengar permohonan ekstradisinya ke AS. – AFP

Publisiti buruk sukan yang disukai di Maerika Latin semalam tidak begitu mengejutkan kerana sedia maklum dengan keadaan di rantau itu yang hidup dan bernafas dengan bola sepak tetapi sudah lama biasa dengan korupsi dan persetujuan kotor tokoh–tokoh berkuasa yang mengendalikannya.

Pemain hebat Argentina Diego Maradona berkata berita itu menjadikannya merasa terjejas selepas 15 tahun menyelar rasuah dalam bola sepak.

“Saya seronok mendengar cerita ini. Ia sesuatu yang sudah saya katakan buat masa yang lama. Mereka berkata saya gila. Hari ini, FBI bercakap tentang kebenaran,” katanya.

Maradona, yang melobi menentang penggal kelima presiden semasa FIFA, Sepp Blatter dalam pilihan raya badan itu esok (Jumaat), memberi amaran ketua bola sepak itu mungkin individu yang seterusnya akan ditahan.

ARTIKEL YANG SAMA