Permainan perlu diperbaiki – Ronaldo

Permainan perlu diperbaiki – Ronaldo

MADRID, 15 Sept – Cristiano Ronaldo memberi amaran Real Madrid akan dihukum jika mereka tidak memperbaiki permainan mereka dalam kemenangan tipis 2-1 ke atas Sporting Lisbon untuk mula mempertahankan Liga Juara-Juara mereka.

Alvaro Morata menanduk masuk jaringan kemenangan empat minit sebelum tamat perlawanan di Santiago Bernabeu awal pagi tadi selepas sepakan bebas menerusi Ronaldo pada minit ke-89 membatalkan jaringan pembukaan Bruno Cesar bagi pasukan Sporting.

“Ia adalah amaran di mana dalam beberapa perlawanan akan datang kami tidak dapat bermula dengan lembut kerana mereka boleh menjejaskan kami,” Ronaldo memberitahu BeIN Sports.

Ronaldo enggan untuk meraikan jaringannya menentang pasukan di mana dia memulakan kerjayanya dan dia mengangkat tangan memohon maaf terhadap beribu peminat Sporting yang membuat kunjungan ke Madrid dan memberikannya sorakan sebelum sepak mula.

“Ia adalah gol penting. Perlawanan hampir berakhir, terdapat seminit saja lagi, tetapi kami menentang pasukan yang tidak mengejutkan saya,” tambah Ronaldo.

“Mereka mahu beraksi dengan baik dan menyukarkan kami.

“Bagi saya ia adalah satu kelebihan untuk mengetahui bahawa orang ramai masih menyukai saya.

“Pada ketika ini saya gembira berada di Real Madrid dan seperti yang saya katakan, saya mahu menamatkan kerjaya saya di sini kerana ini adalah kelab yang berada di hati saya ketika ini.”

Jurulatih Madrid, Zinedine Zidane memuji usaha pasukan kendaliannya dan percaya untuk memperjuangkan tempat mereka kembali dalam perlawanan itu biarpun ditekan pada sejam pertama.

“Kami adalah Real Madrid jadi setiap perlawanan akan menjadi sukar kerana pasukan mahu datang ke sini dan memberikan kami masalah,” kata pengurus dari Perancis itu.

“Kami tidak akan menyerah kalah. Usaha adalah besar. Kami tidak akan menang setiap perlawanan dengan 5-0. Hari ini kami terjejas, tetapi kami mendapatkan tiga mata penuh.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA