Permainan telefon pintar pertama Nintendo tarik 1 juta pengguna

Permainan telefon pintar pertama Nintendo tarik 1 juta pengguna

TOKYO, 22 Mac – Nintendo berkata hari ini permainan telefon pintar pertamanya menarik lebih daripada satu juta pengguna tiga hari selepas dikeluarkan, berita baik untuk syarikat permainan Jepun yang lama keberatan untuk meninggalkan dasarnya yang hanya mengeluarkan konsol.

Pada minggu lalu, Nintendo melancarkan ‘Miitomo’ – permainan interaktif dan bebas-untuk-bermain yang membenarkan pengguna mencipta avatar “Mii” – tatkala ia bersaing dengan lebih baik dengan pesaingnya.

Pengguna boleh membuat pakaian avatar mengikut tempahan menerusi pembelian aplikasi dan berinteraksi dengan watak yang diwujudkan oleh orang lain atau kawan.

Avatar bertanya pemain soalan seperti “Apakah yang anda lakukan pada hujung minggu?” dan “Apakah makanan kegemaran anda?”, dengan jawapan dikongsi bersama watak lain.

Jumlah pengguna untuk permainan itu, dikeluarkan di Jepun pada Khamis lalu, mengatasi satu juta orang pada Sabtu, kata jurucakap, menambah syarikat tidak mempunyai satu angka terkini.

Saham Nintendo meningkat 8.18 peratus lebih tinggi pada 16,515 yen sehari selepas cuti negara.
Saham Nintendo meningkat 8.18 peratus lebih tinggi pada 16,515 yen sehari selepas cuti negara.

Berita itu menyebabkan saham dalam Nintendo meningkat 8.18 peratus lebih tinggi pada 16,515 yen hari ini, sehari selepas cuti negara.

Laman Twitter untuk permainan itu berkata pada Sabtu syarikat terkejut pemainan itu menarik begitu ramai pemain dalam masa yang cepat.

Nintendo telah bergelut tatkala Sony dan Microsoft mengatasi jualan konsol. Ketiga-tiga syarikat juga berusaha untuk menangkis trend terhadap permainan murah, malah percuma yang boleh dimuat turun dalam telefon pintar dan peranti lain.

Nintendo telah dikritik kerana enggan memberi lesen kepada beberapa jenama ikoniknya untuk digunakan dalam aplikasi peranti.

Pada tahun lalu, pemegang francais Super Mario dan Pokemon mengumumkan gabungan dengan syarikat permainan peranti DeNA untuk menghasilkan permainan untuk telefon pintar.

Nintendo juga membeli saham dalam DeNA sebagai sebahagian daripada satu perjanjian untuk menghasilkan pemainan telefon pintar berdasarkan pelbagai watak popular, kemungkinan termasuk Super Mario dan Donkey Kong.

Miitomo hanya dikeluarkan di Jepun pada awalnya tetapi akan dikeluarkan di 15 negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Perancis dalam lapan bahasa pada bulan ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA