Permainan ‘Vanguard’ meriahkan karnival mini

Permainan ‘Vanguard’ meriahkan karnival mini

Oleh Anwar Rosly

 

BELAIT, 27 Mac – Bersempena dengan Karnival Mini KBSentral dan sebagai aktiviti sampingan sempena musim cuti persekolahan, pihak pengurusan KBSentral telah mengadakan Pertandingan ‘Vanguard’ yang berlangsung di ruang legar pusat membeli-belah tersebut, baru-baru ini.

Muncul juara Kategori Solo ialah Awang Henry Chow Yuen Kuen yang memenangi pingat emas dan sekotak set booster ‘The Overload Blaze’ Toshiki Kai.

Tempat kedua jatuh kepada Awang Mohd Naim yang memenangi pingat perak dan menerima 10 pek CFV Booster Pack 06 dan diikuti oleh Awangku Mohd Irman yang memenangi pingat gangsa dan menerima lima pek CFV Booster Set 06 di tempat ketiga.

Tempat keempat dan kelima pula dimenangi oleh Awang Zaizul Afiq dan Awang Mohd Naim yang membawa pulang satu set pelindung Deck CFV dan tiga pek kad CFV, dan Awang Andy Maruandi, Wan Rifale dan Mohd Suhayl Azmin menerima tiga pek CFV Kad Booster setiap seorang sebagai hadiah sagu hati.

Para pemenang bergambar ramai bersama warga pihak pengurusan KBSentral.
Para pemenang bergambar ramai bersama warga pihak pengurusan KBSentral.

Bagi Kategori Berkumpulan, Awang Omar Khalid dan Henry Chow Yuen Kuen muncul juara dan tempat pertama, dengan memenangi kedua-dua pingat emas dan perak serta menerima 10 pek CFV Booster Set 05.

Tempat kedua jatuh kepada Awang Mohd Arieen dan Awang Mohd Naim yang memenangi pingat gangsa dengan menerima 10 pek CFV Booster Set.

Manakala itu, Awang Wan Md Rifale dan Awang Mohd Faiz Hanafi pula menduduki tempat ketiga dengan menerima enam pek CFV Booster Set.

Sijil penyertaan diberikan kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Vanguard Sentral oleh penganjur PJN CFV Community.

ARTIKEL YANG SAMA