Permaisuri Thai dirawat di hospital, jangkitan paru-paru

Permaisuri Thai dirawat di hospital, jangkitan paru-paru

BANGKOK, 18 Nov – Istana diraja Thailand berkata Permaisuri Sirikit sedang dirawat di sebuah hospital atas jangkitan paru-paru dan demam sebulan selepas kemangkatan suaminya, Raja Bhumibol Adulyadej.

Baginda yang telah ditahan di Hopital Siriraj Bangkok, telah dipindahkan ke Hospital Chulalongkorn, tempat para pakar berjaya meredakan demam permaisuri berusia 84 tahun ini kelmarin, kata istana dalam satu kenyataan hari ini. Ia berkata baginda dapat ‘makan dan bernafas dengan teratur’. Katanya daripada pengimbasan sinar X mendedahkan jangkitan paru-paru dan baginda telah dirawat dengan antibiotik.

Kesihatan Baginda kurang memuaskan beberapa tahun kebelakangan dan pernah mengalami strok. Raja Bhumibol, monarki yang lama memerintah di dunia, mangkat pada 13 Oktober selepas menderita beberapa penyakit selama bertahun-tahun. Negara itu masih lagi dalam tempoh perkabungan. – AP