Permesyuaratan tangani krisis Syria

Permesyuaratan tangani krisis Syria

PARIS, 27 Okt (AFP) – Perancis akan menjadi tuan rumah mesyuarat mengenai krisis Syria dengan sekutu Barat dan Arab hari ini, kata Menteri Luar Laurent Fabius.

Mesyuarat yang diadakan di Kementerian Luar Perancis itu melibatkan rakan utama Perancis dalam menangani krisis Syria, iaitu; Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Qatar, Turki, Jerman, Amerika Syarikat, Itali dan Britain,” Fabius berkata dalam satu kenyataan.

“Mereka akan membincangkan cara-cara untuk membawa peralihan politik ke arah kesatuan dan demokratik Syria, menghormati semua kaum, di samping memperkukuh usaha mereka membanteras keganasan,” katanya.

Mesyuarat hari ini jua akan melibatkan pegawai peringkat rendah, seperti Amerika Syarikat telah menghantar timbalan setiausaha kerajaan Tony blinKen mengantikan ketuanya, John Kerry.

Permesyuaratan yang diadakan ini tidak termasuk perbincangan empat hala ke atas Syria antara Rusia, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Turki yang berlangsung pada Jumaat.

Jurucakap Rusia berkata keempat-empat negara tersebut berkemungkinan akan menganjurkan satu lagi mesyuarat Jumaat ini di Vienna.

Fabius berkata minggu lepas bahawa Perancis sedang berusaha ke arah mempersiapkan draf resolusi Majlis Keselamatan PBB untuk menghentikan rejim Presiden Bashar al-Assad menggunakan serangan bom.