Permintaan domestic terjejas, import China merosot

Permintaan domestic terjejas, import China merosot

BEIJING, 8 Nov (AFP) – Import China merosot hampir 19 peratus pada Oktober berbanding setahun lalu, demikian menurut data rasmi yang keluar hari ini, menekankan permintaan domestik yang terjejas dalam ekonomi kedua terbesar dunia di mana tekanan ke atas pertumbuhan ekonomi berterusan.

Penjana utama pertumbuhan dunia dan peniaga terbesar planet dalam barangan, kemelesetan dalam pertumbuhan ekonomi China telah membimbangkan seluruh pasaran saham global dan menjejas negara yang kaya dengan sumber di mana negara Asia merupakan pelanggan utama.

Import merosot 18.8 peratus kepada $130.77 bilion, kemerosotan bulan ke-12 berturut-turut dalam import, ekoran penyusutan sebanyak 20.4 peratus pada September.

Eksport juga meneruskan kerugian mereka pada Julai, merosot sebanyak 6.9 peratus pada Oktober kepada $192.41 bilion tatkala permintaan asing menjadi lembap, menurut angka daripada Pentadbiran Am Kastam.

Kemerosotan dalam eksport adalah lebih besar daripada ramalan kemerosotan sebanyak 3.2 peratus dalam tinjauan ke atas ahli ekonomi oleh Bloomberg News.

Lebihan dagangan pada bulan Oktober meningkat kepada $61.64 bilion, didorong oleh kemerosotan berterusan dalam import, data menunjukkan, mencadangkan negara gergasi Asia itu terus bergelut dengan permintaan domestik yang semakin baik.

Keadaan lembap dalam pasaran harta di China, kapasiti berlebihan dalam sektor pengeluaran dan perbelanjaan kerajaan yang lembap dalam infrastruktur telah menyumbang kepada kemelesetan ekonomi negara dan menyumbang kepada kemerosotan permintaan untuk komoditi, seperti arang batu dan besi, yang digunakan dalam industri berat.

Import arang batu telah merosot hampir 30 peratus dari segi jumlah dan 45 peratus nilai dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, diukur dalam mata wang tempatan, data menunjukkan.

ARTIKEL YANG SAMA