Permintaan jersi Iceland meningkat

Permintaan jersi Iceland meningkat

UEFA-Euro-2016-Logo

ANNCY, Perancis, 1 Julai (AFP) – Kemaraan Iceland ke suku akhir Euro 2016 telah mengejutkan dunia bola sepak dan membuatkan penyokong-penyokong baru untuk mendapatkan jersi replika pasukan tersebut.

Jersi biru Iceland telah menjadi barangan yang mesti dipunyai selepas kemenangan menakjubkan 2-1 mereka ke atas England di pusingan 16 terakhir, hasil daripada jaringan kemenangn Kolbeinn Sigthorsson.

Disebabkan kejayaan negara itu dalam menewaskan England, permintaan bagi jersi telah menjadi hampir 2,000 peratus lebih tinggi daripada yang dijangkakan, pegawai media pasukan Iceland, Omar Smarason memberitahu hari ini.

Dan itu boleh jadi lebih tinggi apabila Iceland bersedia untuk berdepan tuan rumah Perancis Isnin ini waktu Brunei bagi menempah tempat separuh akhir.

Tempahan-tempahan Internet bagi jersi telah membanjiri syarikat sukan Ehf, pengedar jersi rasmi Iceland dan Edrea, pengeluar Itali.

“Berdasarkan jumlah e-mel dan mesej-mesej Facebook yang kami terima, ya, kami telah menjual habis,” kata Smarason.

“Permintaan melebihi 1800 peratus daripada yang dijangkakan, ini adalah baik, namun berita buruk bagi orang yang belum mendapatkannya.

“Kami memberikan kepercayaan dalam Errea dan kami pasti semua orang akan mendapatkannya dalam masa terdekat.”

Cerita Iceland sama seperti juara Liga Perdana Inggeris Leicester City yang telah memenangi kejohanan itu musim lepas.

Perancis