Permintaan kakitangan China untuk udara bersih di pejabat

Permintaan kakitangan China untuk udara bersih di pejabat

BEIJING, 25 Dis (Reuters) – Bukan hanya tentang gaji, kenaikan pangkat dan prospek karier – banyak syarikat di China mendapati mereka perlu menawarkan udara lebih bersih dalam pesekitaran kerja mereka untuk memikat dan mengekalkan kakitangan.

Kualiti udara semakin memburuk di utara dan timur China, termasuklah di Beijing dan Shanghai. Syarikat-syarikat, terutamanya multinasional, beribu pejabat di bandar-bandar ini membelanjakan berpuluh-puluh ribu dolar untuk memasang sistem penapis udara dan peranti memantau pencemaran masa nyata di pejabat-pejabat mereka.

Satu laporan yang disiarkan bulan ini oleh ejen hartanah Jones Lang LaSalle dan firma penyelesai dalaman PureLiving berkata, 90 peratus bangunan pejabat di Beijing tidak mencapai pengurangan substantif dalam partikel udara dengan sistem penapisan masa kini mereka.

Peranti mengukur kualiti udara dilihat di pejabat PureLiving’s office in Shanghai. – Reuters
Peranti mengukur kualiti udara dilihat di pejabat PureLiving’s office in Shanghai. – Reuters

Beijing telah pun mengeluarkan dua amaran ‘keadaan bersiap sedia’ bagi asbut di musim sejuk ini, yang menyaksikan kereta tidak dibenarkan berada di jalan raya dan sekolah dan kilang ditutup.

Amaran bersiap sedia itu dikeluarkan apabila kerajaan percaya kualiti udara akan melebihi tahap 200 pada indeks yang mengukur pelbagai bahan cemar bagi tempoh kira-kira tiga hari. Kerajaan AS menganggap tahap lebih 200 ‘sangat tidak sihat.”

ARTIKEL YANG SAMA