Permintaan khidmat muatan udara menurun

Permintaan khidmat muatan udara menurun

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) – Pengangkut Asia Pasifik menyaksikan penurunan permintaan sebanyak 5.2 peratus pada Mac 2016 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut kenyataan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), permintaan keseluruhan adalah tidak memberangsangkan dengan jumlah eksport dari ekonomi pesat membangun Asia berkurangan dari segi tahunan bagi tempoh 11 bulan daripada 12 bulan lepas.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tony Tyler menekankan bahawa keadaan itu akan menjadikan kargo udara mengalami satu lagi tempoh sukar, dengan jumlah dagangan dunia pada Februari 2016, hanya meningkat 0.4 peratus daripada prestasi akhir 2014.

“Jangkaan pengurus pembelian memberi sedikit keyakinan bagi kenaikan kecil awal. Gabungan persaingan sengit, kenaikan kapasiti dan pemintaan lembap menjadikan persekitaran ini terlalu sukar untuk meraih keuntungan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Tony Tyler. – AFP
Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Tony Tyler. – AFP

Menurut IATA, data pertumbuhan permintaan untuk pasaran muatan udara global bagi Mac menunjukkan penurunan dua peratus dalam jumlah yang dinilai berdasarkan kilometer tan fret (FTK), berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, kapasiti muatan (dinilai berdasarkan kilometer tan fret tersedia – AFTK) meningkat 6.9 peratus, memberi tambahan tekanan terhadap hasil yang sukar sedia ada.

Prestasi tidak memberangsangkan itu mencerminkan pertumbuhan suram dalam perdagangan dunia, ditambah lagi oleh perbandingan permulaan yang kukuh pada 2015, apabila jumlah muatan udara dilonjak oleh kesan mogok pelabuhan laut Pantai Barat Amerika Syarikat.

Penurunan pemintaan yang paling ketara dilaporkan oleh pengangkut di Asia Pasifik dan Amerika Utara, memandangkan dua pasaran ini menyumbang kira-kira 60 peratus kepada trafik muatan global.

ARTIKEL YANG SAMA