Permintaan yang lembab kurangkan keuntungan SK Hynix

Permintaan yang lembab kurangkan keuntungan SK Hynix

SEOUL, 26 Jan – Permintaan global yang lembap untuk komputer peribadi dan telefon pintar mengurangkan keuntungan syarikat semikonduktor Korea Selatan SK Hynix sebanyak separuh pada suku keempat, kata syarikat hari ini.

Jualan PC global mencecah tahap rendah lapan-tahun dan jualan telefon pintar menjadi perlahan tatkala pengeluar gajet mengalih tumpuan kepada pasaran yang berkembang pesat.

Tatkala permintaan untuk PC serta handset yang menggunakan cip mahal merosot, harga purata ingatan capaian rawak dinamik (DRAM) SK Hynix biasanya digunakan untuk PCs dan cip imbas NAND yang digunakan untuk alat peranti merosot 10 dan 15 peratus masing-masing pada suku keempat.

Keuntungan bersih untuk tempoh September hingga Disember berjumlah 871 bilion won, merosot 46 peratus berbanding setahun lalu, kata syarikat dalam satu kenyataan.

Keuntungan operasi juga meroost 41 peratus kepada 989 bilion won dalam tempoh yang sama, terlepas anggaran penganalisis berjumlah 1.04 trilion won yang dikumpul oleh Bloomberg News.

“Cuti Tahun Baru Cina (pada Februari) dan Olimpik Rio (pada 2016) mungkin merangsang permintaan tetapi kesan mereka tetap terhad,” kata Shin Hyun-Joon, penganalisis di Pelaburan dan Sekuriti LIG. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA