Permira-Google mengemukakan bidaan bersama

Permira-Google mengemukakan bidaan bersama

CALIFORNIA, 19 Jun (Reuters) – Syarikat gergasi Internet Google Inc dan dana ekuiti persendirian Permira sedang mengadakan rundingan bagi mengemukakan bidaan bersama untuk perniagaan data pengguna peruncit Britain Tesco Plc, menurut satu sumber yang rapat dengan perkara itu.

Perniagaan tersebut, Dunnhumby, yang mungkin dinilai pada 1 bilion pound, mengumpul dan menganalisis data daripada kira-kira 1 bilion pembeli-belah di seluruh dunia.

Tesco melantik Goldman Sachs untuk meninjau opsyen strategik untuk Dunnhumby selepas mengumumkan satu pelan untuk mengurangkan kos dan menjual aset pada Januari.

Unit itu juga telah melihat minat daripada kumpulan pengiklanan WPP Plc.

Google melabur AS$40 juta dalam firma baru milik Permira Renaissance Learning pada tahun lalu.

Tesco juga sedang menimbang untuk menjual unit Korea Selatannya tatkala ia bergelut untuk membayar hutang, satu skandal perakaunan, dan persaingan daripada Aldi Inc and Lidl.