Permit kemasukan rakyat Palestin dibekukan

Permit kemasukan rakyat Palestin dibekukan

BAITULMUQADDIS, 9 Jun – Israel berkata semalam ia telah menggantung permit kemasukan 83,000 rakyat Palestin Pada bulan Ramadan berikutan tembakan di Tel Aviv yang mengorbankan empat orang.

“Semua permit semasa Ramadan, terutama permit untuk lawatan keluarga dari Yudea dan Samaria ke Israel dibekukan,” kata satu kenyataan daripada COGAT, unit yang menguruskan hal ehwal awam di Tebing Barat yang diduduki.

Beliau berkata seramai 83,000 rakyat Palestin akan terjejas, sambil menambah bahawa beratus-ratus penduduk di Semenanjung Gaza yang telah menerima permit untuk melawat saudara-mara dan tempat suci sepanjang Ramadan juga akan dibekukan.

Langkah-langkah itu diumumkan COGAT selepas dua rakyat Palestin melepaskan tembakan di kelab malam yang popular berhampiran ibu pejabat tentera Tel Aviv Israel lewat Rabu, membunuh empat orang dalam satu serangan paling buruk dalam gelombang bulan keganasan yang panjang.

Ia berkata permit kemasukan untuk 204 anggota keluarga daripada salah seorang penyerang yang didakwa itu telah dibekukan.

Israel minggu lalu telah mengenakan sekatan ke atas pergerakan rakyat Palestin. Ia telah merancang untuk membenarkan sehingga 500 orang dari Gaza untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa yang dikuasai Israel di timur Baitulmaqdis sepanjang bulan suci itu. – AFP

Israel minggu lalu telah mengenakan sekatan ke atas pergerakan rakyat Palestin, terutamanya dari Tebing Barat, semasa Ramadan.

Ia telah merancang untuk membenarkan sehingga 500 orang dari Gaza untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa yang dikuasai Israel di timur Baitulmaqdis sepanjang bulan suci, yang bermula pada hari Isnin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA