Permodalan bank-bank M’sia terus teguh

Permodalan bank-bank M’sia terus teguh

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) – Agensi penarafan kredit global, Moody’s Investors Service menjangkakan permodalan bank-bank di Malaysia akan terus teguh bagi menghadapi cabaran akibat kelembapan operasi di rantau ini.

Agensi itu berkata, ini akan meneruskan momentum 2015 yang menyaksikan permodalan kadar bank-bank Malaysia menjadi bertambah baik, disokong oleh faktor-faktor seperti pertumbuhan pinjaman yang lebih perlahan, pengoptimuman aset berwajaran risiko (RWA) dan pengumpulan modal.

Permodalan yang lebih baik ini bersifat kredit positif kerana ia bertindak sebagai penampan dan mengukuhkan daya tahan bank terhadap peningkatan risiko kredit terutamanya dalam operasi asing mereka.

“Ini adalah ketika rantau ini mencatat pertumbuhan ekonomi dan sentimen perniagaan lemah,” katanya dalam laporan bertajuk ‘Moody Credit Outlook’ yang dikeluarkan hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA