Permohonan ba...

Permohonan bagi Program YSEALI kini dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini kini sedang membukakan permohonan kepada rakyat Brunei berusia antara 18 hingga 25 tahun yang berminat untuk menyertai Program Felo Akademik, Inisiatif Pemimpin-Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) Musim Luruh 2017, yang akan diadakan di AS.

Kedutaan AS dalam kenyataannya menjelaskan, Fellowship Akademik YSEALI adalah program akademik intensif selama lima minggu yang menyediakan lebih pemahaman mengenai AS kepada pemimpin-pemimpin muda dari seluruh rantau ASEAN dan pada masa yang sama meningkatkan kemahiran kepimpinan dan akademik mereka.

Program berkenaan akan memfokuskan ke atas tiga tema iaitu Pembabitan Sivik, Isu-isu Alam Sekitar atau Keusahawanan Sosial dan Pembangunan Ekonomi. Aktiviti-aktivitinya akan termasuk gabungan siri perbincangan seminar, bacaan-bacaan, pembentangan berkumpulan dan syarahan-syarahan.

Permohonan dibuka sehingga 18 Mei 2017 dan maklumat lanjut mengenai permohonan serta senarai kriteria boleh didapati menerusi laman sesawang YSEALI kedutaan berkenaan https://bn.usembassy.gov/education-culture/young-southeast-asian-leaders-initiative-yseali.

Dilancarkan pada 2013, YSEALI diwujudkan untuk mengukuhkan pembangunan kepimpinan dan rangkaian di ASEAN.

Untuk mendaftar sebagai ahli YSEALI dan menerima maklumat mengenai peluang-peluang akan datang, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://asean.usmission.gov/yseali/.