Permohonan biasiswa pengajian di Jepun dibuka

Permohonan biasiswa pengajian di Jepun dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Para pelajar Negara Brunei Darussalam yang ingin melanjutkan pelajaran di Jepun dipelawa untuk memohon biasiswa tajaan kerajaan Jepun (MEXT) bagi tahun 2017 yang kini dibuka sehingga 30 Jun.

Kedutaan Jepun dalam satu kenyataannya berkata, terdapat empat jenis biasiswa yang ditawarkan di bawah program tersebut: penuntut kajian, penuntut mahasiswa dan mahasiswi, penuntut kolej teknologi, dan penuntut latihan kolej pakar.

Pengubahan program berbeza bagi setiap program tetapi kesemuanya meliputi tuisyen, perbelanjaan dan yuran pengangkutan antara Brunei dan Jepun.

Sejumlah rakyat Brunei yang telah dianugerahkan biasiswa kerajaan Jepun setiap tahun di bawah program itu, bukan hanya meningkatkan kelayakan akademik, tetapi juga berpeluang mempelajari budaya dan bahasa Jepun.

Para penuntut yang berminat hendaklah terdiri daripada warga negara Brunei dan memiliki rekod akademik yang cemerlang.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dari laman sesawang Kedutaan Jepun: http://www.bn.emb-japan.go.jp, di Bahagian Budaya, Pendidikan dan Maklumat atau menghubungi Noraini di talian 2229265, menerusi faks: 2229481 atau melalui e-mel: embassy@bw.mofa.go.jp.

ARTIKEL YANG SAMA