Permohonan Gerai Perayaan di KB kini dibuka

Permohonan Gerai Perayaan di KB kini dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria memaklumkan bahawa permohonan untuk menyertai Gerai Perayaan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan ke-70 Tahun bagi Daerah Belait akan dibuka bermula esok (22 Jun).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, gerai jaja, makan/minum, runcit, buah-buahan dan bunga hidup sempena perayaan itu akan diadakan di kawasan Tamu Tudung Saji, Jalan Setia Diraja, Kuala Belait.

Sehubungan itu, rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang bermastautin di Daerah Belait adalah dipelawa untuk menghadapkan permohonan mereka, yang mana borang boleh didapati di Bahagian Urus Setia, Ruang Legar, Bangunan Utama Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria pada waktu pejabat dan tarikh tutup mengembalikan borang adalah pada 29 Jun 2016, jam 12:30 tengah hari.

ARTIKEL YANG SAMA