Permohonan Gerai Ramadan dibukakan

Permohonan Gerai Ramadan dibukakan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mei – Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan memaklumkan bahawa permohonan untuk berjaja di Gerai Ramadan Kawasan Lapang Letak Kereta Jalan Bendahara berhadapan dengan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja, di ibu negara, bagi tahun 1437H/2016M kini sedang dibukakan kepada orang ramai.

Dalam kenyataannya hari ini, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan menjelaskan, permohonan ini hanya dibukakan khusus kepada warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang bermastautin di Daerah Brunei dan Muara sahaja dan hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun.

Borang bolehlah didapati di Kaunter Bahagian Kewangan, Tingkat 3, Bangunan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri bermula 19 Mei 2016 dan tarikh tutup permohonan pada 28 Mei 2016 sebelum jam 3:30 petang.

ARTIKEL YANG SAMA