Permohonan Geran Fulbright dibuka

Permohonan Geran Fulbright dibuka

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 1 Mac – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Brunei Darussalam mengumumkan bahawa permohonan bagi Geran Program Fulbright kini dibukakan dengan tarikh akhir permohonan pada 30 Mei 2016.

Program ini dibukakan kepada pelajar-pelajar ‘Advanced’, sebaik-baiknya bagi mereka yang dari permulaan hingga pertengahan kerjaya, berminat untuk mengikuti Ijazah Sarjana (1-2 tahun) di AS.

Semua bidang pengajian adalah dialu-alukan dan Kedutaan AS menggalakkan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Permohonan terbuka kepada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.

Program ini merupakan program pertukaran pendidikan antarabangsa AS untuk meningkatkan pemahaman bersama di antara rakyat AS dan rakyat di negara-negara lain.

Untuk maklumat lanjut dan butiran mengenai prosedur permohonan, bolehlah layari laman sesawang kedutaan di http: //brunei.usembassy.gov/fulbrightprogram.html.

Semua anugerah tertakluk kepada peruntukan bajet daripada kerajaan AS.

Geran ini adalah untuk tahun akademik 2017-2018 (Ogos-Mei) pengajian siswazah yang akan bermula dalam pada musim 2017.

ARTIKEL YANG SAMA