Permohonan HECAS tutup 31 Ogos

Permohonan HECAS tutup 31 Ogos

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos – Bahagian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan ingin memaklumkan bahawa permohonan dalam talian HECAS 2016 (Pusingan Kedua) akan ditutup secara rasmi pada Rabu, 31 Ogos 2016 selepas jam 4:30 petang.

Para pemohon hendaklah memastikan borang HECAS dalam talian dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Sebarang permohonan selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Hari terakhir bagi pemohon untuk mengemukakan semua ‘hardcopy’ termasuk borang HECAS kepada institusi yang dipohon ialah pada Isnin, 5 September 2016 sebelum jam 4:30 petang.

Seksyen Biasiswa, Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam dan institusi-institusi pengajian tinggi berhak untuk menolak permohonan yang tidak lengkap, mengandungi maklumat palsu atau diterima selepas jam 4:30 petang pada 5 September 2016.

ARTIKEL YANG SAMA