Permohonan kursus seni khat IBTE dibuka

Permohonan kursus seni khat IBTE dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Bahagian Pendidikan Lanjutan dan Latihan, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa kursus-kursus pendek tulisan seni khat kini dibukakan kepada orang ramai yang berminat.

Kursus yang akan bermula bulan Julai 2016 itu terdiri daripada kursus Nasakh dan Thuluth selama 18 jam yang akan diadakan setiap Jumaat dari 7 hingga 10 malam; kursus Diwani selama 12 jam, setiap Rabu dari jam 7 hingga 9 malam; dan kursus Diwani Jali juga selama 12 jam, setiap Khamis dari jam 7 hingga 9 malam.

Sehubungan itu, mereka yang berminat bolehlah mengambil borang dan membuat pembayaran di Bahagian Pendidikan Lanjutan dan Latihan, IBTE di Simpang 347, Jalan Pasar Baru Gadong, pada waktu bekerja. Sebarang pertanyaan mengenai kursus pendek Tulisan Seni Khat bolehlah menghubungi Pengiran Mohd Zainulariffin bin Pengiran Mohd Hassan di talian 2422493 sambungan 207.

ARTIKEL YANG SAMA