Permohonan lesen berjaya gerai pasaria dibuka

Permohonan lesen berjaya gerai pasaria dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan akan membuka permohonan bagi mendapatkan lesen berjaja Gerai Pasaria Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-69 tahun, di kawasan lapang letak kereta Jalan Bendahara berhadapan dengan Bangunan Alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan.

Jabatan Bandaran dalam satu kenyataan di sini berkata, permohonan dibuka khusus kepada warga dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang bermastautin di Daerah Brunei dan Muara sahaja dan hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun.

Jenis-jenis petak jualan yang disediakan ialah Gerai Jualan Runcit (Kategori A), Gerai Buah-buahan (Kategori B), Gerai Salai (Kategori C), Gerai Jualan Take-away (Kategori D) dan Gerai Makan Minum (Kategori E).

Setiap pemohon yang dibenarkan bagi satu kategori sahaja dan borang-borang permohonan bolehlah didapati di Kaunter Tingkat 3, Bahagian Kewangan, Jabatan Bandaran BSB, Jalan Perdana Menteri bermula esok sehingga tarikh tutup pada 5 Ogos, sebelum jam 4.30 petang.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Pengurusan Aset di talian 2232424 sambungan 143.

ARTIKEL YANG SAMA