Permohonan melalui HECAS dibuka

Permohonan melalui HECAS dibuka

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Kementerian Pendidikan, hari ini, mengumumkan bahawa permohonan dalam talian (online) bagi Higher Education Centralised Admission System (HECAS) 2016, pusingan kedua bagi sesi Akademik 2013/2014 ke Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan juga Biasiswa Kerajaan Brunei ke luar negara di bawah Kementerian Pendidikan bermula kelmarin.

Menurut kementerian itu, bagi pusingan kedua, HECAS 2016 hanya bagi program ijazah pertama yang ditawarkan oleh UBD dan Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan dengan tarikh tutup bagi menghantar permohonan dalam talian HECAS, ditetapkan tiga hari bekerja selepas pengumuman keputusan GCE ‘A’ Level June 2016 oleh Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan. Tarikh berkenaan akan diumumkan kemudian di laman sesawang HECAS.

Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa pemohon yang telah memohon dan tidak berjaya dalam pusingan pertama HECAS 2016 dan berhasrat untuk memohon lagi dalam pusingan kedua setelah menaikkan kelayakan mereka boleh mendapatkan kembali permohonan dalam talian pusingan pertama HECAS 2016 dengan menghantar pesanan SMS ke talian 38855 dan menaip, “hecas resubmit <no kad pengenalan>”. Caj sekali berjumlah $5 akan dikenakan bagi permohonan semula.

Bagi mendapatkan maklumat berhubungan dengan HECAS, para pemohon dinasihatkan untuk melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan, http://moe.gov.bn atau laman sesawang HECAS, http://www.hecas.edu.bn serta untuk mendapatkan panduan prosedur permohonan untuk mengikut arahan permohonan dalam garis panduan yang disediakan.

ARTIKEL YANG SAMA