Permohonan pameran perdagangan sekarang di JTP

Permohonan pameran perdagangan sekarang di JTP

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Jabatan Tenaga dan Perindustrian (JTP) di Jabatan Perdana Menteri memaklumkan kepada pihak awam bahawa tempat bagi permohonan pameran perdagangan di bawah Bab 2 Kategori (n) dari Akta Hiburan Awam (Penggal 181) telah pun bertukar daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Perlancongan kepada JTP di Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2016.

Pameran perdagangan yang mengandungi pertunjukkan, iklan atau penjualan barangan hasil industri atau bahan-bahan lain di bawah Bab 2 Kategori (n) dari Akta Hiburan Awam (Penggal 181) adalah seperti ekspo perdagangan dari dalam dan luar negeri; pertunjukkan/jerayawara yang berkaitan dengan perdagangan (kereta, hartanah, travel fair; garage sale/car boot sale; ekspo perkahwinan; dan lain-lain

Sehubungan dengan itu, sebarang permohonan perlesenan bagi mengadakan aktiviti tersebut hendaklah dipohonkan dengan mengisi borang permohonan Akta Hiburan Awam (Penggal 181) yang boleh dimuat turun dari laman sesawang JTP di https://onebiz.business.gov.bn.

Permohonan yang sudah siap hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Ekspo dan Trade Fair (ETF) di JTP melalui e-mel: etf@jpm.gov.bn. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi ETF di talian 2384488 ext 1050.

ARTIKEL YANG SAMA