Permohonan pengurangan hukuman ditolak

Permohonan pengurangan hukuman ditolak

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jan – Harapan seorang bekas kerani di Jabatan Kerja Raya untuk mendapatkan pengurangan hukuman bagi kesalahan menipu dan memalsukan dokumen ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Dato Paduka Steven Chong memutuskan untuk mengekalkan 30 bulan penjara yang dijatuhi Mahkamah Majistret ke atas Vivi Yanti binti Haji Mohd Jali.

Hakim berpendapat tempoh hukuman yang diberikan adalah betul dan setimpal dengan kesalahan dan tidak ada sebab untuk hukuman perlu dikurangkan.

Vivi Yanti yang berusia 33 tahun dijatuhi hukuman pada April 2016 selepas mengaku bersalah menipu enam individu dengan menjanjikan mereka bahawa dia dapat mendapatkan tender kerajaan untuk mereka.

Dia juga dituduh memalsukan dokumen dengan menggunakan surat anugerah dan surat tender daripada pelbagai agensi kerajaan yang dialamatkan kepada individu terbabit.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 2011 dan 2014 serta memperoleh $29,380 daripada mangsa yang ditipunya.

ARTIKEL YANG SAMA