Permukaan jalan tidak selamat

Permukaan jalan tidak selamat

Oleh Rahmat Haji Abdul Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Pengguna-pengguna di Jalan Wasai Limuru Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Tanah Jambu perlu berhati-hati kerana terdapat beberapa kawasan di jalan tersebut mempunyai permukaan tidak rata dan berlubang, serta boleh membahayakan.

Keadaan jalan raya di sini sudah banyak kali dilaporkan kepada talian 123 Darussalam tetapi sehingga ini tidak ada sebarang tindakan oleh pihak berkenaan.

Sehubungan itu, para pengguna jalan raya merayu kepada agensi-agensi kerajaan yang berkenaan agar segara membaik pulihkan kerosakan itu demi keselamatan umum serta mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Keadaan jalan yang berlubang dan tidak rata di Jalan Wasai Limuru RPN Tanah Jambu.
Keadaan jalan yang berlubang dan tidak rata di Jalan Wasai Limuru RPN Tanah Jambu.

ARTIKEL YANG SAMA