Permulaan bagi pengakhiran Rousseff

Permulaan bagi pengakhiran Rousseff

BRASILIA, 15 April (AFP) – Mahkamah Tinggi Brazil hari ini menolak usaha terakhir Presiden Dilma Rousseff untuk menghentikan proses pendakwaan ke atasnya, yang memberi laluan bagi pengundian penting dalam Kongres.

Hakim-hakim menolak permintaan injunksi terhadap prosiding yang digelar oleh pegawai kerajaan “Kafkaesque” dan berkata ia diertikan menolak peluang Rousseff untuk mempertahankan dirinya sendiri dari dakwaan memalsukan angka belanjawan kerajaan untuk menambah peluang perlantikan semula dalam tahun 2014.

Perintah 7-3 dalam sesi tergempar Mahkamah Tinggi yang bermula lewat semalam dan berterusan hingga selepas tengah malam di bandar Brasilia membuka laluan bagi pengundian Ahad ini oleh dewan rendah Kongres yang dijangka menentukan sama ada menghantar Rousseff bagi perbicaraan pendakwaan.

Dalam suasana banyak drama dan ketegangan di negara dan ekonomi terbesar Amerika Latin, perdebatan di dewan rendah akan bermula lewat hari ini yang membawa kepada pengundian pada hari Ahad.

Dilma Rousseff mendengar semasa mesyuarat di Istana Presiden Planalto, di Brasilia, Brazil, Rabu lalu. – AP
Dilma Rousseff mendengar semasa mesyuarat di Istana Presiden Planalto, di Brasilia, Brazil, Rabu lalu. – AP

Pengiraan terkini niat pengundian dalam dewan rendah oleh surat khabar terbesar Brazil menunjukkan kumpulan pro pendakwaan sama ada telah pada atau hampir-hampir dua pertiga majoriti yang diperlukan.

Jika pengundian diluluskan pada Ahad, Senat akan berkuasa untuk membuka perbicaraan ke atas Rousseff. Jika Senat mendapati beliau bersalah dengan dua pertiga lagi undi, dia akan terpaksa melepaskan jawatannya.

Genggaman kuasa pemimpin berhaluan kiri berusia 68 tahun ini pantas merosot, yang mengakibatkan Brazil dalam krisis pada ketika kemelesetan besar dan kurang empat bulan sebelum Rio de Janeiro menjadi tuan rumah bagi sukan Olimpik.

Rousseff dalam terdesak untuk cuba mengumpul sokongan mencukupi dalam dewan rendah untuk menghalang pihak pembangkang mengumpul 342 dari jumlah 513 undi yang mereka perlukan untuk melaksanakan pendakwaan.