Permulaan baru bagi Progresif

Permulaan baru bagi Progresif

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Progresif Cellular Sdn Bhd (Progresif) menandakan permulaan baru dengan pelancaran logo baru sempena pembukaan kedai konsep pertamanya di Bangunan An-Nuha, Tanjung Bunut.

Pelancaran kedai konsep itu telah disempurnakan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar selaku tetamu kehormat.

Majlis bersejarah bagi Progresif itu turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Darussalam Assets, Dato Paduka Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah serta ahli-ahli lembaga pengarah, Haji Abu Bakar bin Haji Ibrahim, Awang Mozart bin Ibrahim dan Hajah Rena Azlina binti Dato Paduka Haji Abdul Aziz.

Dalam ucapannya di majlis itu, Yang Berhormat Pehin antara lain berkata bahawa pada tahun 2001 penembusan mudah alih di Brunei hanya 30 peratus, bagaimanapun, menjelang 2014 ia telah mencecah kira-kira 121 peratus, menjadikannya setanding dengan pasaran-pasaran global utama.

Menurutnya, pertumbuhan ini dapat dicapai hasil daripada pelaburan besar dalam infrastruktur dan pengenalan persaingan sihat.

pg04_150502_f

Menteri Perhubungan dan Pengerusi Progresif bersama-sama memotong bagi merasmikan kedai konsep pertama Progresif.
Menteri Perhubungan dan Pengerusi Progresif bersama-sama memotong bagi merasmikan kedai konsep pertama Progresif.
Menteri Perhubungan menyampaikan ucapan.
Menteri Perhubungan menyampaikan ucapan.

“Perkembangan ini membantu pertumbuhan ekonomi dengan mewujudkan pekerjaan, menggalakkan semangat keusahawanan dalam perniagaan kecil-kecilan. Ia membantu budaya kita berkembang dengan menyediakan akses lebih meluas kepada maklumat, dan meningkatkan keperluan asas manusia untuk berkomunikasi,” ujar Yang Berhormat Pehin.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan para pengendali mudah alih untuk bekerjasama dengan rangkaian rakan-rakan luar negara untuk mengurangkan kadar piawaian antarabangsa bagi panggilan suara, pesanan ringkas (SMS), panggilan video dan data.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah serta ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Progresif, Haji Abu Bakar yang antara lain menyatakan perasaan berterima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pegawai dan kakitangan Progresif atas pencapaian yang sangat dibanggakan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Progresif, identiti jenama baru yang diperkenalkan di majlis itu adalah berasaskan kesederhanaan, dan dipacu oleh penerokaan tanpa henti-henti mengenai apa yang dimaksudkan dengan menjadi Progresif.

Logo baru Progresif tertera di depan kedai.
Logo baru Progresif tertera di depan kedai.

pg04_150502_d

pg04_150502_g

Antara produk-produk yang dipamerkan di kedai konsep Progresif itu.
Antara produk-produk yang dipamerkan di kedai konsep Progresif itu.

Ketua Pegawai Pemasaran, Devin Edwards menyatakan, “Asas perniagaan dan jenama adalah semangat progresif yang membawa kami untuk meneroka, melakukan lebih banyak, melakukan lebih baik dan sentiasa menilai usaha-usaha kami.

“Kami tidak menyasarkan untuk mendefinisikan apa yang dimaksudkan dengan menjadi Progresif, sebaliknya kami sentiasa mengejar kemajuan,” ujarnya lagi.

Kenyataan menambah, logo baru Progresif itu adalah ekspresi visual matlamat kemajuan yang dipercayai, dipegang dan disokong oleh setiap orang dalam Progresif.

Di majlis pelancaran itu, Menteri Perhubungan turut meninjau sekitar kedai konsep baru Progresif berkenaan.

Cawangan baru ini akan dibuka esok dari pukul pada jam 9 pagi, di mana orang ramai boleh mendapatkan pakej-pakej yang ditawarkan serta produk-produk Samsung, Huawei, Vivo dan banyak lagi.

ARTIKEL YANG SAMA