Permulaan cemerlang Reed, Laird

Permulaan cemerlang Reed, Laird

NEW YORK, 26 Ogos – Patrick Reed dan Martin Laird mencatatkan lima bawah par 66 untuk melebarkan jurang satu pukulan selepas pusingan pertama The Barclays Championship semalam.

Pemain nombor 14 dunia bergelut dengan 10 par berturut-turut dengan 10 lubang pembukaan sebelum menghasilkan tiga birdie dan satu eagle pada lapan lubang terakhir di Bethpage Black di Farmingdale.

Pusingan pembukaan menarik Reed membolehkannya bersama Laird dari Scotland selepas pusingan pertama yang menyaksikan pemain dari Sweden, Henrik Stenson mengalami kecederaan.

Reed, yang membuat pukulan dengan sembilan, mencatatkan tiga birdie pertama di tempat kedua, sebelum mencatatkan eagle pada par lima dilubang ke keempat dengan 16 foot putt.

Birdie seterusnya dengan enam dan tujuh melengkapkan permainan sempurna bagi pemain dari San Antonio itu, 26, yang memburu kejayaan Jelajah PGA kelimanya.

Patrick Reed semasa membuat pukulan kedua beliau di lubang 13, pusinga pertama dalam The Barclays Championship di Farmongdale, New York. – AFP
Patrick Reed semasa membuat pukulan kedua beliau di lubang 13, pusinga pertama dalam The Barclays Championship di Farmongdale, New York. – AFP

“Tumpuan saya pada hari ini untuk bersabar, terus kekal dengannya,” kata Reed.

“Saya merasakan saya memukul bola dengan baik.

Saya tidak berada dalam sabar apabila menghasilkan 10 par berturut–turut tetapi saya mampu untuk menenangkan diri dengan pukulan berturut-turut dan meneruskannya. Dan pada bila–bila masa anda membuat pukulan bebas bogey, anda akan mendapatkan yang terendah.”

Laird sementara itu menghasilkan pusingan sempurna, mencatatkan 66 selepas memperoleh lima birdie dan tanpa bogey.

Laird dan Reed menamatkan didepan sekumpulan empat pemain dengan empat bawah, yang melibatkan Rickie Fowler. – AFP