Permulaan perlahan untuk Jason Day

Permulaan perlahan untuk Jason Day

CHICAGO, 18 Sept (AFP) – Penangguhan akibat cuaca telah memperlahankan kemaraan Jason Day semalam di Kejohanan BMW dan malah pukulan hole-in-one Jordan Spieth tidak cemerlang.

Day melancarkan usahanya bagi satu kemenangan yang boleh mengangkat dirinya menjadi pemain nombor satu dunia dalam gaya bergemerlapan, dua pukulan di bawah par dan sembilan birdi dengan satu bogi meletakkannya dirinya di bawah 10, apabila hon dibunyikan untuk menamatkan permainan sejurus selepas melakukan tee pada lubang terakhirnya.

Dengan permainan kemudian ditangguhkan semalam, Day mengatasi dengan kelebihan empat pukulan, saingan terdekatnya Daniel Berger dari Amerika – yang enam di bawah 65 dengan kemungkinan dua pukul di bawah par pada par empat kesembilan.

“Dapat menjadi agresif dan lebih agresif di sini pastinya berbaloi,” Day berkata selepas perjuangan pusingan pertama. Saya hanya berusaha dan ia telah selesai.”

Brendon Todd dari Amerika pada lima di bawah par 66, sementara Spieth lima di bawah melalui 17, Kevin Chappell lima di bawah melalui 16 dan Justin Thomas lima di bawah melalui 13.

Aksi Jason Day ketika mencari sudut sesuai pada pusingan pertama Kejohanan BMW di Kelab Golf Conway Farms pada 17 September 2015 di Lake Forest, Illinois. – AFP
Aksi Jason Day ketika mencari sudut sesuai pada pusingan pertama Kejohanan BMW di Kelab Golf Conway Farms pada 17 September 2015 di Lake Forest, Illinois. – AFP

Bagaimanapun Day, adalah bintang yang tidak dipertikaikan lagi dengan kecemerlangannya.

“Saya berjalan melalui bilik lokar dan orang pergi, kamu bermain di padang golf berlainan atau setiap kali kamu berdiri di situ dan memukul deras dan jauh dari angin,” katanya lagi. Saya ingin katakan semua perkara itu adalah benar, tetapi tidak. Gembira melihat orang mengakui saya bermain dengan baik. Jelas itu adalah pusingan memuaskan. Saya tidak terlalu memikirkannya. Saya tidak mahu terlalu tinggi atau terlalu rendah.”

Dia bermula dengan birdi berturut-turut dari dalam jarak enam kaki pada lubang ke 10 dan ke 11 di Kelab Golf Conway Farms, Illinois sebelum memasuki 37 kaki bagi birdi pada lubang ke-13.

Dia melakukan pukul par empat ke 15 dan melalui dua pukulan leret bagi satu lagi birdi sebelum melakukan pukulan dengan tiga bogi meleret pada lubang ke 17.

Dia mengikut kesilapan itu dengan mengambil lima pukulan dalam empat lubang seterusnya dengan birdi pada lubang ke 18.

ARTIKEL YANG SAMA