Permusuhan Mourinho, Ranieri kembali menyala

Permusuhan Mourinho, Ranieri kembali menyala

LONDON, 7 Ogos – Permusuhan antara Jose Mourinho dengan Claudio Ranieri kembali menyala apabila juara Piala FA, Manchester United akan menentang juara Liga Perdana Inggeris, Leicester City dalam aksi Piala Perisai Komuniti di Stadium Wembley.

Mourinho yang menggantikan Louis van Gaal di United, dua kali menewaskan Ranieri dalam pemburuan gelaran juara Serie A ketika di Itali dan menyifatkan rakan sejawatnya itu sudah berusia, kurang kejayaan dan lemah memberi arahan dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, Ranieri berjaya melunaskan dendamnya musim lalu apabila Leicester menewaskan Chelsea yang dibimbing Mourinho 2-1, Disember lalu yang menyaksikan anak buahnya melakar kejutan menjulang trofi kejuaraan liga.

Bagi Mourinho, ia menjadi perlawanan terakhirnya sebagai pengurus The Blues sebelum dipecat. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA